TERMA DAN SYARAT PROJEK GANTIAN
Syarat Kelayakan permohonan
-
Terdiri daripada individu yang telah menyertai sahabat agro yang terdahulu.
-
Masih mempunyai baki modal yang belum dituntut sepenuhnya
-
Membuat pendaftaran melalui permohonan secara atas talian melalui website rasmi syarikat www.sahabatagroent.wixsite/rakan
-
Telah membayar caj perkhidmatan bagi kos untuk proses menyediakan perjanjian baru, yuran guaman, stamping dan bayaran perkhidmatan.
-
Telah membuat atau menyediakan perkhidmatan insuran khusus untuk melindungi projek berkenaan.
-
Bersetuju dan telah menandatangani perjanjian baru yang dipinda daripada perjanjian lama.
Tempoh
-
Tempoh matang ternakan adalah 48 hari.
-
Tempoh Jualan adalah selama 12 hari
-
Anda akan menerima bayaran setiap 60 hari yang bermula selepas anda menandatangani perjanjian yang baru.
Bayaran Hasil Jualan
-
Anda akan menerima bayaran bagi hasil jualan ternakan anda setiap 60 hari.
-
Nilai bayaran yang anda terima adalah sebanyak 10% daripada nilai modal projek gantian anda.
-
Anda perlu membuat jualan sebanyak 5% daripada nilai modal anda sebagai syarat untuk melayakkan anda menerima bayaran Hasil Jualan.
-
Anda layak menerima bayaran ini selagi anda masih tidak menjual keseluruhan syer anda.
-
Sebarang kelewatan atau penangguhan bayaran hasil jualan perlu diselesaikan segera secara perbincangan melalui kedua belah pihak.
Tugas Dan Tanggungjawab
-
Mempromosikan produk dan syarikat
-
Membuat jualan sebanyak 5% daripada nilai modal anda dalam masa 60 hari tersebut.
-
Bertindak selaku rakan kongsi kepada perniagaan ini
-
Menjaga reputasi dan nama baik syarikat serta perniagaan.
-
Membantu urusan pentadbiran dan pengurusan syarikat
-
Akur Dan Faham Sebagai Salah Seorang Daripada Rakan Niaga Kepada Pengusaha, Rakan Niaga Tidak Boleh Melakukan Sesuatu Perkara Yang Boleh Memburukkan Imej, Menjatuhkan Kredibiliti Dan Membuat Sesuatu Perkara Yang Merugikan Pengusaha.
-
Sekiranya Berlaku Sebarang Masalah Didalam Apa Jua Urusan Perniagaan, Pengusaha Dan Rakan Niaga Perlu Mengadakan Perbincangan Dan Perkara Tersebut Haruslah Diselesaikan Dengan Cara Baik.
-
Jika Berlaku Kerugian, Rakan Niaga Dan Pengusaha Perlu Mengadakan Perbincangan Bagi Menyelesaikan Masalah Kerugian Tersebut Dan Perkara Ini Perlu Diselesaikan Dengan Cara Baik.
-
Tidak Akan Mengeluarkan Semula Modal Untuk Menanggung Sebarang Kos Jika Kerugian Berlaku Atas Kecuaian Yang Dilakukan Oleh Pengusaha.
-
Bertanggungjawab Penuh Atas Proses Jualan Dan Pemasaran Sebagai Salah Satu Skop Atau Bidang Tugas Sebagai Rakan Kongsi Bagi Projek Ini.
-
Bersetuju Untuk Membekalkan Semula Hasil Ternakan Kepada Pengusaha Dengan Harga Borong Pada Kadar Ketetapan Harga Semasa.
-
Mengaku Bahawa Perjanjian Ini Dilakukan Atas Dasar Rela Hati Oleh Kedua-Dua Pihak Tanpa Paksaan Mana-Mana Pihak.
-
Jika Perkara Pada Klausa Bernombor 3 Berlaku, Rakan Niaga Faham Bahawa Pengusaha Boleh Mengambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Rakan Niaga Dan Segala Perjanjian Akan Terbatal Dengan Sendirinya Serta Modal Rakan Niaga Tidak Akan Dipulangkan.
-
Perjanjian Ini Akan Tamat Apabila Rakan Niaga Menjual Kesemua Syer Milikya.