top of page
PAKEJ C
TERMA DAN SYARAT
Syarat Kelayakan permohonan
-
Warganegara
-
Berumur 18 tahun dan keatas
-
Membuat pendaftaran melalui permohonan secara atas talian melalui website rasmi syarikat www.sahabatagroent.wixsite/rakan
-
Telah membayar caj perkhidmatan bagi kos untuk proses menyediakan perjanjian baru, yuran guaman, stamping dan bayaran perkhidmatan. RM150.00
-
Telah membuat bayaran modalperkongsian RM1,000.00
-
Bersetuju dan telah menandatangani surat perjanjian
Tempoh
-
Tempoh matang ternakan adalah 48 hari.
-
Tempoh Jualan adalah selama 12 hari
-
Anda akan menerima bayaran bulanan yang pertama pada hari yang ke 60
Bayaran Hasil Jualan
-
Nilai bayaran bulanan yang akan anda terima adalah sebanyak RM200.00
-
Tempoh bayaran adalah selama 7 bulan berturut-turut
-
Bayaran bulanan yang pertama akan bermula pada hari yang ke 60
-
Sebagai syarat untuk melayakkan anda menerima bayaran Hasil Jualan. Anda perlu membuat jualan iaitu 2 lot Pakej A ataupun 1 lot Pakej B (salah satu)
-
Sebarang kelewatan atau penangguhan bayaran hasil jualan perlu diselesaikan segera secara perbincangan melalui kedua belah pihak.
Tugas Dan Tanggungjawab
-
Mempromosikan produk dan syarikat
-
Membuat jualan dalam masa 7 Bulan sepertidalam tempoh perjanjian tersebut.
-
Bertindak selaku rakan kongsi kepada perniagaan ini
-
Menjaga reputasi dan nama baik syarikat serta perniagaan.
-
Membantu urusan pentadbiran dan pengurusan syarikat
-
Akur Dan Faham Sebagai Salah Seorang Daripada Rakan Niaga Kepada Pengusaha, Rakan Niaga Tidak Boleh Melakukan Sesuatu Perkara Yang Boleh Memburukkan Imej, Menjatuhkan Kredibiliti Dan Membuat Sesuatu Perkara Yang Merugikan Pengusaha.
-
Sekiranya Berlaku Sebarang Masalah Didalam Apa Jua Urusan Perniagaan, Pengusaha Dan Rakan Niaga Perlu Mengadakan Perbincangan Dan Perkara Tersebut Haruslah Diselesaikan Dengan Cara Baik.
-
Jika Berlaku Kerugian, Rakan Niaga Dan Pengusaha Perlu Mengadakan Perbincangan Bagi Menyelesaikan Masalah Kerugian Tersebut Dan Perkara Ini Perlu Diselesaikan Dengan Cara Baik.
-
Tidak Akan Mengeluarkan Semula Modal Untuk Menanggung Sebarang Kos Jika Kerugian Berlaku Atas Kecuaian Yang Dilakukan Oleh Pengusaha.
-
Bertanggungjawab Penuh Atas Proses Jualan Dan Pemasaran Sebagai Salah Satu Skop Atau Bidang Tugas Sebagai Rakan Kongsi Bagi Projek Ini.
-
Bersetuju Untuk Membekalkan Semula Hasil Ternakan Kepada Pengusaha Dengan Harga Borong Pada Kadar Ketetapan Harga Semasa.
-
Mengaku Bahawa Perjanjian Ini Dilakukan Atas Dasar Rela Hati Oleh Kedua-Dua Pihak Tanpa Paksaan Mana-Mana Pihak.
-
Jika Perkara Pada Klausa Bernombor 3 Berlaku, Rakan Niaga Faham Bahawa Pengusaha Boleh Mengambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Rakan Niaga Dan Segala Perjanjian Akan Terbatal Dengan Sendirinya Serta Modal Rakan Niaga Tidak Akan Dipulangkan.
-
Perjanjian Akan Tamat pada bulan ke 7.
bottom of page