TERMA DAN SYARAT JUALAN SYER
Syarat Kelayakan permohonan
-
Terdiri daripada individu yang telah menyertai sahabat agro yang terdahulu.
-
Rakan niaga yang telah mendapat semula modal perkongsian sebelum ini tidak layak memohon.
-
Masih mempunyai baki modal yang belum dituntut sepenuhnya
-
Membuat pendaftaran melalui permohonan secara atas talian melalui website rasmi syarikat www.sahabatagroent.wixsite/rakan
-
Telah membayar caj perkhidmatan bagi kos untuk proses menyediakan perjanjian baru, yuran guaman, stamping dan bayaran perkhidmatan.
-
Bersetuju dan telah menandatangani perjanjian baru yang dipinda daripada perjanjian lama.
Tempoh
-
Pemohon akan dimasukkan kedalam senarai menunggu.
-
Susunan senarai menunggu adalah mengikut turutan permohonan yang dibuat.
-
Jualan syer akan dibuat mengikut giliran dengan mengikut turutan berdasarkan tarikh permohonan.
-
Pemohon hanya perlu menunggu giliran jualan syer
-
Pemohon boleh membuat jualan sendiri dengan cara mencari pembeli syer.
Bayaran Hasil Jualan Syer
-
Anda akan menerima bayaran bagi hasil jualan syer anda melalui pembelian yang dilakukan oleh pembeli syer anda.
-
Bayaran perlu dilakukan terus ke akaun pemohon
-
Sebarang kelewatan atau penangguhan bayaran hasil jualan perlu diselesaikan segera secara perbincangan melalui kedua belah pihak.
Tugas Dan Tanggungjawab
-
Bertindak selaku rakan kongsi kepada perniagaan ini
-
Menjaga reputasi dan nama baik syarikat serta perniagaan.
-
Membantu urusan pentadbiran dan pengurusan syarikat
-
Akur Dan Faham Sebagai Salah Seorang Daripada Rakan Niaga Kepada Pengusaha, Rakan Niaga Tidak Boleh Melakukan Sesuatu Perkara Yang Boleh Memburukkan Imej, Menjatuhkan Kredibiliti Dan Membuat Sesuatu Perkara Yang Merugikan Pengusaha.
-
Sekiranya Berlaku Sebarang Masalah Didalam Apa Jua Urusan Perniagaan, Pengusaha Dan Rakan Niaga Perlu Mengadakan Perbincangan Dan Perkara Tersebut Haruslah Diselesaikan Dengan Cara Baik.
-
Jika Berlaku Kerugian, Rakan Niaga Dan Pengusaha Perlu Mengadakan Perbincangan Bagi Menyelesaikan Masalah Kerugian Tersebut Dan Perkara Ini Perlu Diselesaikan Dengan Cara Baik.
-
Tidak Akan Mengeluarkan Semula Modal Untuk Menanggung Sebarang Kos Jika Kerugian Berlaku Atas Kecuaian Yang Dilakukan Oleh Pengusaha.
-
Bertanggungjawab Penuh Atas Proses Jualan Dan Pemasaran Sebagai Salah Satu Skop Atau Bidang Tugas Sebagai Rakan Kongsi Bagi Projek Ini.
-
Bersetuju Untuk Membekalkan Semula Hasil Ternakan Kepada Pengusaha Dengan Harga Borong Pada Kadar Ketetapan Harga Semasa.
-
Mengaku Bahawa Perjanjian Ini Dilakukan Atas Dasar Rela Hati Oleh Kedua-Dua Pihak Tanpa Paksaan Mana-Mana Pihak.
-
Jika Perkara Pada Klausa Bernombor 3 Berlaku, Rakan Niaga Faham Bahawa Pengusaha Boleh Mengambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Rakan Niaga Dan Segala Perjanjian Akan Terbatal Dengan Sendirinya Serta Modal Rakan Niaga Tidak Akan Dipulangkan.
-
Perjanjian Ini Akan Tamat Apabila Rakan Niaga Menjual Kesemua Syer Milikya.