TANAH KERAJAAN BERJAYA DI POHON DENGAN HARGA RM500/EKAR
- AyamMe
- 7 Mei 2018
- 1 min membaca
TANAH KERAJAAN BERJAYA DI POHON DENGAN HARGA RM500/EKAR DENGAN BERURUSAN SENDIRI TERUS KE PEJABAT TANAH TANPA MELALUI BROKER/AGEN/ORANG TENGAH
1. Kena tahu spot adakah itu kawasan tanah kerajaan atau tanah terbiar yg sudah ada pemilik. 2. Jika spot mengena & sah tanah kerajaan yg dalam zone, teroka dahulu atau mohon dahulu tak jadi masalah. (Boleh cari lokasi di internet seperti di gambar untuk cari spot tanah kerajaan) 3. Mohon terus untuk mendapatkan GERAN/GERAN MUKIM. 4. Jika tak dapat, tak mengapa. 5. Mohon HSD/HSM. 6. Kerajaan suka walaupun HSD/HSM sebab dapat $$$$$ dari cukai tahunan yg dikenakan. Kita pun tak kisah, bayar cukai baru rm20. 7. Lepas 3 tahun, mohon PAJAKAN/PAJAKAN MUKIM. 8. Waktu inilah permainan bermula. Nombor-nombor yg pejabat tanah tawarkan seperti RM500/ekar - RM1000/ekar ini pasti buat kita senyum lebar. 9. Layan terus pertanian 99 tahun. 10. Sambil2 tu, kentalkan hati dengan ilmu ilmu tanah yg ada untuk dapatkan GERAN/GERAN MUKIM.
Next: Saya akan kongsikan teknik agak "kejam" tapi halal iaitu BAGAIMANA NAK CARI LOKASI TANAH KERAJAAN YANG SUDAH MEMPUNYAI PERTANIAN TIDAK SAH DIATASNYA UNTUK KITA MOHON SAMPAI DAPAT. Ini lagi mudah untuk lulus. Insyallah.
Saya cuma kongsikan. Terpulang kepada tuan2 dan niat tuan2. Industri pertanian untuk bumiputera kalau tengok polisi perundangan, memang bias. Jeles non bumi kalau tahu.
Seperti di gambar:
Lot kuning bernombor ialah tanah yg dah mempunyai pemilik.
Lot kelabu di pinggir lot lot kuning ialah tanah kerajaan.

Di gambar kedua ialah cara nak kaji kecerunan tanah yg nak dipohon adakah berbukit atau tanah rata yg sesuai dengan jenis pertanian yg akan dijalankan.

Comments