1) Mulakan perniagaan pada Januari 2015 dengan syarikat berdaftar dengan SSM. Berikut adalah butiran perniagaan milikan tunggal.
2) Syarikat ini menjalankan aktiviti perniagaan yang berteraskan pertanian dan ternakan.
3) Syarikat ini juga ada menjual “Pakej Perniagaan” yang mana ia adalah berkonsepkan kemudahan untuk memulakan perniagaan dalam bidang ternakan. Syarikat ini menawarkan empat jenis pakej perniagaan iaitu:
a) sahabat Stokis
b) Sahabat Salai
c) Sahabat Ternak
d) Sahabat Niaga
4) Pada 11/5/2016, premis kami telah didatangi oleh wakil dari pihak SSM bertujuan untuk menjalankan pemeriksaan dan siasatan berkenaan dengan salah satu daripada empat pakej perniagaan kami iaitu Sahabat Niaga. Pakej tersebut telah diadapati tidak mematuhi Akta Pendaftaran Perniagaan 19556 (Pindaan) 2001, yang mana telah disangkutkan kesalahan berkenaan pada Seksyen 12(1)(c) yang mana boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya jika dijatuhi hukuman. Berikutan itu kami telah ditawarkan kompaun sebanyak RM200.00 bagi kesalahan tersebut dan telah dijelaskan.
![](https://static.wixstatic.com/media/3e5999_ba7bbdf0051242a2a88294c543cb3c58~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_551,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/3e5999_ba7bbdf0051242a2a88294c543cb3c58~mv2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/3e5999_362f6814542449f98b1433fe12a379f0~mv2_d_2550_3300_s_4_2.jpg/v1/fill/w_980,h_1268,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/3e5999_362f6814542449f98b1433fe12a379f0~mv2_d_2550_3300_s_4_2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/3e5999_3a1be79c85e64fb584ff09e8394f7dc6~mv2_d_2550_3300_s_4_2.jpg/v1/fill/w_980,h_1268,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/3e5999_3a1be79c85e64fb584ff09e8394f7dc6~mv2_d_2550_3300_s_4_2.jpg)
5) Selepas daripada lawatan pemeriksaan tersebut, pihak syarikat telah mengambil keputusan untuk memperlahankan jualan pakej perniagaan Sahabat Niaga bertujuan ia dapat dihentikan secara perlahan-lahan/beransur-ansur memandangkan ketika itu aktiviti perniagaan Sahabat Niaga adalah sangat rancak.
6) Tujuan daripada tindakan tersebut adalah semata-mata untuk menyelamatkan syarikat dan perniagaan ini daripada dituduh INGKAR selepas notis peringatan dikeluarkan oleh pihak SSM pada 6September 2016 yang mana jika disabitkan kesalahan, hukuman yang akan diterima boleh memudaratkan syarikat seterusnya akan turut ditanggung sama oleh pelanggan kami yang aktif menjalankan dan mengusahakan perniagaan Sahabat Niaga ini.
![](https://static.wixstatic.com/media/3e5999_5be6e3868b3a4f00aa83d77a80bbdd80~mv2_d_2550_3300_s_4_2.jpg/v1/fill/w_980,h_1268,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/3e5999_5be6e3868b3a4f00aa83d77a80bbdd80~mv2_d_2550_3300_s_4_2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/3e5999_0f9042e41be944099bdc0ca0f18d0e29~mv2_d_2550_3300_s_4_2.jpg/v1/fill/w_980,h_1268,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/3e5999_0f9042e41be944099bdc0ca0f18d0e29~mv2_d_2550_3300_s_4_2.jpg)
7) Aktiviti perniagaan Sahabat Niaga berjaya dihentikan sepenuhnya pada penghujung Disember 2016.
8) Pelan pemulihan dimulakan pada Januari 2017 dimana penstrukturan semula syarikat dan konsep perniagaan bagi mematuhi Akta Skim berkepentingan telah dijalankan. Proses ini berjalan perlahan memandangkan semua kakitangan syarikat telah diberhentikan/ditamatkan kontrak mereka atas alasan penjimatan kantung wang syarikat. Untuk makluman, punca utama pendapatan syarikat selain daripada penternakan dan pertanian adalah daripada jualan pakej perniagaan “Sahabat Niaga”. Setelah perniagaan Sahabat Niaga dihentikan sepenuhnya pendapatan syarikat telah terjejas teruk.
9) Selain itu, kesan buruk yang terpaksa ditanggung oleh syarikat ialah fitnah yang mengatakan syarikat telah menipu pelanggan, menjalankan skim haram, dihina, dicaci, ditohmah dengan pelbagai spekulasi dan lebih teruknya hingga membawa kepada ugutan jenayah seperti ugutan bunuh, culik anak pemilik syarikat, dan menyerang kediaman keluarga ibu bapa pengusaha. Akibat daripada perlakuan ini, imej dan reputasi syarikat telah terjejas teruk yang mana ia melibatkan kerugian yang besar.
![](https://static.wixstatic.com/media/3e5999_d533cabe2a34407d982434a28c6c2c63~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_561,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/3e5999_d533cabe2a34407d982434a28c6c2c63~mv2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/3e5999_4e45ff9e1d9e491884d6b9c7b1300dad~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_549,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/3e5999_4e45ff9e1d9e491884d6b9c7b1300dad~mv2.jpg)
10) Semua pengusaha Sahabat Niaga telah dipanggil untuk mendengar taklimat.
![](https://static.wixstatic.com/media/3e5999_3f9654d7a0714451b2141dfe74644c1d~mv2_d_4160_3120_s_4_2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/3e5999_3f9654d7a0714451b2141dfe74644c1d~mv2_d_4160_3120_s_4_2.jpg)
11) Atas faktor keselamatan dan kerugian teruk ini, perniagaan terpaksa ditutup sementara waktu bagi memberi laluan kepada proses pelan pemuihan berjalan.
12) Pihak syarikat juga telah melantik firma guaman bagi melindungi hak dan dokumentasi sulit supaya proses pemulihan boleh dijalankan tanpa berlaku sebarang kebocoran maklumat yang boleh mengakibatkan timbul permasalahan lain.
13) Syarikat berhasrat untuk memulakan semula perniagaan Sahabat Niaga yang telah tertangguh pada Januari 2018.
Sekian, laporan kronologi kes Sahabat Niaga.
Comentarios