top of page

7 FAKTA AYAM CEMANI

Writer's picture: AyamMeAyamMe

Ayam cemani merupakan ayam tempatan asli Indonesia, dimana kata Cemani berasal dari bahasa Sansekerta yang bererti hitam legam, yang merupakan ciri khas ayam tersebut iaitu seluruh badannya memang berwarna hitam.

Ayam Cemani ini mempunyai warna hitam yang sangat sempurna dengan 100% berwarna hitam, bahkan sampai daging, tulang, darah, dan hingga bahagian dalamannya semua berwarna hitam.

Ayam ini sangat istimewa bukan hanya kerana warnanya yang unik, ia juga terkenal dari segi harganya yang mahal. Ayam Cemani mempunyai beberapa fakta menarik yang kita mungkin tidak pernah ambil tahu. Jom baca di bawah:


1. Sudah Terkenal Sejak Zaman Kerajaaan Majapahit

Menurut kisah lagenda masyarakat kota temanggung, ayam yang seluruh badannya hitam ini berasal dari Jawa Tengah dan sudah terkenal sekitar dari abad ke 15, dimana masa itu merupakan era keemasan Kerajaan Majapahit.

Seorang petapa yang bernama Ki Ageng Mangkuhan merupakan pemilik pertama ayam cemani ini. Tapi, menurut kisah ayam ini dulunya mempunyai paruh berwarna putih dan pernah digunakan untuk mengubati seorang anak ketua pejabat daerah tersebut.

Kerana keberhasilannya mengubati anak ketua pejabat tadi, akhirnya ayam tersebut dikembangbiakkan dan dikahwinkan dengan sesama ayam berwarna hitam lainnya. Tapi, anak ayam yang dihasilkannya malah berwarna hitam legam dan paruh yang berwarna hitam juga.

Akhirnya, ayam tersebut diberi nama Cemani yang berasal dari bahasa Sansekerta yang ertinya hitam legam.


2. Ayam Cemani Digunakan Sebagai Pelengkap Upacara Adat

Kerana keunikan yang dimilikinya, ayam ini sering digunakan sebagai pelengkap di pelbagau ritual upacara adat seperti bersih desa (adat Jawa), tolak bala dan grebeg maulud. Ayam ini dipercayai memiliki kekuatan magik yang boleh menolak bala (perbuatan jahat) yang dilakukan makhluk halus. Hingga sampai sekarang tradisi ini masih dijalankan di Indonesia.

3. Membawa Tuah

Dibalik keistimewaan dan keunikan ayam tersebut, ayam ini, dipercayai membuat pemiliknya bertuah. Mungkin ini bukan kerana faktor mistik, tapi harga jualnya yang semakin hitam warnanya, semakin mahal harganya.

4. Ada Tiga Jenis Ayam Cemani Yang Dikatakan Mempunyai Kekuatan Magis

Meskipun, kalau dilihat secara sekilas semuanya terlihat hampir sama, tapi ayam Cemani dibezakan menjadi beberapa jenis berdasarkan kekuatan magiknya iaitu Cemani Widitra, Warastratama dan Kaikayi.

Cemani Widitra mempunyai sapuan garis di leher, dada, paruh dan ‘crotch’. ayam jenis ini diyakini mempunyai kekuatan gendam asmara dan penolak bala (kekuatan jahat) dari makhluk halus.


Sedangkan Cemani Warastratama adalah ayam Cemani yang sering digunakan sebagai pelengkap upacara adat. Dan yang ketiga,  Cemani Kaikayi memiliki ciri dengan bulu hitam dipadu biru laut, ayam jenis ini dipercaya boleh mengangkat sihir

5. Ayam Cemani Semakin Hari Semakin Pupus

Tidak salah apabila harga ayam cemani mencapai puluhan juta rupiah seekor, kerana jenis ayam ini semakin hari semakin pupus. Di Indonesia sendiri yang merupakan asal-usul ayam ini, sudah sangat jarang ditemui penternak jenis ayam ini.

Hal ini tidak terlepas dari anggapan ramai orang bahawa menternak jenis ayam ini bertentangan dengan ajaran agama, kerana seperti yang kita ketahui ayam ini sering digunakan sebagai pelengkap dalam ritual kuno.

6. Kenapa Ayam Cemani Hitam Legam?

Menurut hasil penelitian, warna hitam legam ayam Cemani merupakan akibat keadaan genetik unik yang disebut sebagai fibromelanosis. Keadaan ini menyebabkan mutasi sel yang diketahui berfungsi di sel tubuh ayam tersebut.

Leif Adersson, seorang ilmuwan berasal dari Swedia, menemukan bahawa gen yang bermutasi ini merupakan gen “endothelian-3” (EDN-3) adalah gen yang membuat lapisan sel epidemis diseluruh badan tubuh ayam ini menghasilkan warna (pigmen) hitam.

Diketahui, ayam Cemani yang sudah berusia dewasa, jumlah gen EDN-3 meningkat lebih dari 10 kali ganda jika dibandingkan dengan ayam biasa.

7. Telurnya Berwarna Putih

Hal yang masih misteri dan terus dilakukan penyelidikan iaitu mengapa telur ayam Cemani masih berwarna putih tulang dengan beberapa bintik merah muda. Hal ini memang berbeza dengan warna tubuhnya yang seluruhnya berwarna hitam.

Ketika disinari dengan lampu suluh, bahagian dalam telur ayam ini terlihat hampir sama dengan telur ayam pada umumnya. Warna hitamnya baru akan muncul setelah embrio ayam ini muncul, hal ini juga menjadi pertanda bahawa telur ayam tersebut subur dan boleh menetas.

Menurut perkiraan para ilmuwan, warna telur yang putih itu muncul akibat proses mutasi fibromelanosis yang terjadi pada sel ayam tersebut yang tidak menular terhadap cangkang telur. Mungkin hal ini diakibatkan cengkerang telur yang terdiri daripada kristal kalsium karbonat yang pada dasarnya sama dengan semua jenis ayam.

248 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


Hubungi Kami

Sila hubungi kami sekiranya terdapat pertanyaan atau menginginkan maklumat lebih lanjut.

 

                      TEL:                                                                                 EMAIL :                                                             IKUTI KAMI :

         

               014 - 961 0622​                                                     sahabatagroent@gmail.com

  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black Google+ Icon
  • Black YouTube Icon
bottom of page